Rahayu's FotoPage

By: Rahayu Nasir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 25-May-2009 09:34 Email | Share | | Bookmark
Suami ku seorang kaki pancing..

rumah dah jadi macam kedai pancing
umpan tiruan katanya..
ikan merah terer gak laki aku..
View all 6 photos...


Aku nak share ngan semua.. sebelum korang kawin korang tau tak apa hobi bakal suami ko.. haaaa.. perkara ni memang nampak remeh je.. tapi ia akan memberi kesan kepada kehidupan apabila kita berkeluarga kelak.

Dah kemarok punya pasal, mana kita nak fikir kan apa hobi dia .. padan muka aku..he he.. selepas dah kawin barulah aku tau suamiku seorang kaki pancing huwaaaaaaaaaa......

Bila cuti je dia selalu plan pergi pancing... bila dia plan pergi pancing je mesti pada hari cuti, bilanya kami nak pergi bercuti sama-sama.. sabar jele..

Sekarang ni dah masuk 13 tahun kami mendirikan rumah tangga, aktiviti memancing suamiku semakin berkembang, rumah dah jadi macam kedai pancing, perancangan trip memancing dah plan siap2 sepanjang setahun tapi plan nak pergi holiday ngan family.. cukup syarat je letak tarikh.. jadi atau tidak belum tentu biasanya memang tak jadi..

Di peringkat awal dulu aku terpaksa terima hakikat ini.. aku buat2 hepi je dengan hobi dia.. yang penting dia tak 'pancing lain' sudah..

Hari ini, aku dah boleh terima (bukan terpaksa terima) suamiku kaki pancing.. setiap kali dia pergi trip mancing ke laut mesti dia bawa balik ikan.. kekadang tu sampai peti ais penuh dengan ikan untuk tempoh 3.. 4.. bulan.. dahlah ikan ikan fresh.. ikan tu dari spesis gred A le pulak.. Kerapu, Jenahak, ikan merah, tenggiri, ikan nyot nyot.. macam-macam... ikan kembung, selar, kerisi ni tak payah ceritalah.. bersepah dalam peti ais tu..

Tiap2 minggu aku buatkan kari kepala ikan untuk dia... amik kau.. makan.. he he..





Thursday, 21-May-2009 14:26 Email | Share | | Bookmark
Jalan jalan cari kawan..

1st time tengok pokok beras..
bendang kat merbok, kedah
Jarang sangat hubby aku bawak kami jalan2 bercuti.. kalau ada masa terluang atau cuti panjang dia lebih suka pergi memancing. Kekadang tu terasa gak kalau tengok orang lain jalan ngan family masing2.. nak buat camana, hubby ku dah macam nelayan, asal cuti je pergi mancing... asal mancing je pergi cuti..

Tapi cuti hari pekerja lalu dia buat keputusan nak bawa kami jalan ke utara.. takde plan apa2.. masuk keta terus ke arah utara. Katanya nak jalan2 cari kawan lama..

Cuak gak bercuti takde planning ni.. hotel camana.. tapi bila hubby aku kata nak shopping kat padang besar tetiba rasa cam seronok he he..

Hari pertama kami terus ke Sg Petani tidur semalam di SP Inn ada swimming pool kat hotel ni.. suka anak2 aku mandi sampai kecut..

Keesokkannya kami ke Merbok.. back to nature.. memang menarik tempat ni.. Lepas tu terus gerak ke Aloq Setaq.. singgah rumah kawan lama...

Malam tu kami gerak ke Perlis dan tido di hotel apa ntah.. mula2 cuak takde hotel kosong.. nasib baik ada satu bilik kosong kalau tak kena camping dalam keta je he he..

Hari seterusnya kami gerak ke Padang besar.. shoping dan shooping.... pastu terus balik ke KL.. mengantuk gila bawak keta..


Saturday, 16-May-2009 11:14 Email | Share | | Bookmark
Keluargaku...

Abang n Anak
Raya Lepas
Nawfal
View all 8 photos...
Inilah gambar familyku... anak2 yang comel dan suami pun comel juga.....

Muhammad Nuqman Imran - 8 tahun
Muhammad Nawfal Harith - 7 tahun
Muhammad Naqib - 5 tahun


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net